Resepi Ayam Masak Daun Kari ni saya belajar dari youtube Che Nom, memang padu habis sampai tambah 3x anak kesayangan saya ni. Maklumlah anak memang suka masakan kari, tapi yang dia tak tahu dalam ni tiada pun ditambah serbuk kari.
Cuma kalau pembaca nak tambah sesudu serbuk kari pun boleh juga. Aroma dia memang satu rumah dan memikat selera seisi keluarga. Ini adalah salah satu Koleksi Resepi Simple yang mudah nak disediakan.
Maklumlah cuma makan bertiga, jadi tak perlu fikir lauk yang susah – susah nak disediakan. Tanpa berlengah jom saya kongsikan masakan resepi ayam masak daun kari.
Resepi Ayam Masak Daun Kari
Bahan – Bahannya
- Daun kari 5 tangkai
- Sebatang serai diketuk
- Sebiji tomato di potong dadu
- Cili padi 5 tangkai potong 2
- Cili kering kisar 2 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- Sos cili 3 sudu besar
- Garam dan perasa
- Gula sesudu kecil
- Kicap 3 sudu besar
- Air setengah cawan
- Bawang holland setengah biji hiris bulat
Bahan Tumbuk Kasar / Kisar
- Bawang besar sebiji
- Bawang putih 3 ulas
- halia 1cm
Cara Penyediaan Ayam Masak Daun Kari
- Goreng 2 tangkai daun kari dan ketepikan
- Goreng ayam setengah masak. Setengah ekor potong 8. Ayam letak serbuk kunyit dan garam
- Tumis bahan tumbuk kasar bawang besar, bawang putih, halia sampai naik bau
- Masukkan serai, tomato dadu, cili kisar dan 3 tangkai daun kari. Tutup sekejap 3 minit.
- Bila tomato dah lembut masukkan kicap, sos tiram, sos cili, gula, garam dan perasa
- Masukkan air setengah cawan dan masukkan ayam. Tutup 10 minit supaya ayam masak.
- Terakhir tabur bawang holland hiris, dan cili padi masak seminit dan tutup api
- Hidang dalam bekas dan taburkan daun kari goreng
Dah siap, sangat mudah masakan ni. Walaupun ada kicap tapi taklah hitam sangat sebab kita bukan buat masak kicap ya.
Aroma daun kari memang terlalu sedap dan menawan hati. Sampaikan anak saya berumur 8 tahun mintak tambah sampai 3x, hairan. Tapi kena dengan tekak dia agaknya.
Walaupun cuma resepi ringkas tapi cukup kenyang kami sekeluarga. Kadang bila terlalu selalu masak lauk sama memang pening juga. Kat bawah ni saya ada sediakan juga resepi ayam masak kicap thai yang enak.
Resepi ni pun taklah terlalu berkicap tapi simple dan sangat enak.
Pada yang belum ada Chopper Kaca Hulmers ni saya nak promote juga. Sebab selalu chopper guna bahan plastik atau besi.
Kalau yang kaca punya memang selalunya mahal, tapi bawah RM20 boleh dapat chopper kaca dengan kualiti premium. Boleh semak video dibawah. Dan link belian dibawah video.
Dapatkan Chopper Kaca Hulmers Dari Tiktok Shop
Cuba Juga : Resepi Ayam Kicap Ala Thai Disini
Btw saya adalah seorang perawat cara islam, buat rawatan jarak jauh untuk masalah anak kerap menangis dan sukar didekati. Boleh semak service saya disini jika ada masalah anak menangis.
Jangan lupa semak resepi diatas, itu paling faveret dalam keluarga saya. Sehebat resepi ayam masak daun kari ni juga. Kalau dah cuba jangan lupa kongsi feedback diruangan komen ya.
