Resepi Ayam Masak Sos Tiram Ala Thai ni memang lain dari yang lain. Kombinasi yang sangat sedap dan boleh menambah nasi. Memang sesuai dengan cita rasa keluarga saya.
Tanpa buang masa jom saya tunjukkan satu lagi Koleksi Resepi Simple yang memang enak dan mudah disediakan.
Ayam Masak Sos Tiram Ala Thai
Bahan Kisar Kasar
- Bawang besar sebiji
- Bawang putih 4 ulas
- Cili merah 4 tangkai
- Cili padi 6 tangkai
Bahan Perasa
- Daun limau 2 helai, buang urat tengah
- Sos ikan 2 sudu besar
- Gula 1 sudu besar
- Sos tiram 2 sudu besar
- Limau nipis sebelah
- Daun ketumbar
Bahan Perap Ayam
- Ayam setengah ekor dalam 1 kg potong 8
- Kicap manis 2 sudu
- Garam dan serbuk kunyit
- Sos tiram 2 sudu
Cara Penyediaan Ayam Sos Tiram Ala Thai
- Perap semua bahan ayam, kicap manis, sos tiram, serbuk kunyit dan garam selama 15 minit
- Goreng ayam sampai garing dan ketepikan
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkan daun limau, sos tiram, sos ikan dan gula dan tambah sedikit air dalam setengah cawan
- Masukkan ayam dan reneh sehingga pekat. Kalau suka berkuah boleh tambah sikit air tapi sedap lagi makan kering
- Dah siap tutup api perahkan limau nipis dan tabur daun ketumbar
Memang simple sangat penyediaan bahan dia tu. Tapi kalau orang rumah makan memang menambah nasi, memang terangkat. Pedas masam manis memang cukup dalam ayam sos tiram ala thai ni.
Untuk nak mudahkan kerja saya suka guna chopper hulmers ni, mudah guna untuk blend kering atau blend halus. Boleh semak link belian bawah video, beli di tiktok shop.
Dapatkan Disini Chopper Hulmers
Semak Juga : Resepi Ayam Masak Daun Kari
Sebelum akhiri resepi ni, saya juga seorang perawat Islam, bantu masalah anak meragam macam kerap menangis malam. Boleh cuba dapatkan rawatan anak menangis tak henti disini.
Sekian dulu perkongsian resepi simple saya ayam sos tiram ala thai, kalau dah cuba jangan lupa share diruangan komen.
