Resepi Ayam Masak Kicap Thai

Resepi Ayam Masak Kicap Thai ni saya sebenarnya lepas beli dari gerai di area rumah lama. Dulu saya duduk di Kajang dan ada satu gerai jual ayam masak kicap yang dia sebut sebagai Ayam Bawang.

Tapi saya juga taknak pembaca terkeliru sebab kalau resepi ayam bawang biasanya memang rasa kari dan terkenal di kedai mamak. Oleh kerana penjualnya tu orang Thai dan masakan ni guna kicap, jadi saya namakannya Ayam Masak Kicap Thai.

Kenapa dia namakan ayam bawang tu disebabkan banyak guna bawang yang dipotong kiub besar. Resepi ni saya letak under Resepi Simple supaya senang anda nak semak nanti senarai resepi simple tapi sedap yang ada saya tuliskan.

Oh ya pada yang baru pertama kali hadir ke website Anak Meragam ni saya nak cerita sedikit yang saya Azham seorang perawat untuk masalah anak – anak yang selalu meragam.

Contohnya anak yang selalu menangis malam atau siang tak kira masa. Anak yang tantrum dan anak yang terlebih manja sampai sukar berdikari. Dengan kaedah perubatan Islam Insya Allah boleh dibantu masalah tersebut.

Tanpa buang masa jom saya tunjukkan Resepi Ayam Masak Kicap Thai.

Ayam Masak Kicap Thai

Bahan – bahannya

  • Setengah ekor ayam potong kecil atau potong besar 4 pun boleh.
  • Tepung Goreng ayam 2 sudu besar
  • 1 Biji Bawang Holland di potong kiub besar
  • 1/2 biji bawang holland di hiris
  • 5 biji cili padi dipotong kecil, kalau suka pedas boleh lebihkan
  • 2 biji cili merah di hiris
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1cm halia
  • Setengah kiub pati ayam
  • Setengah sudu kecil lada hitam di kisar / tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan serbuk perasa jika perlu
  • Setengah cawan air

Ayam ni anda boleh potong kecil, kalau setengah ekor tu boleh potong 8 – 10 ketul. Atau masa saya biasa beli dulu, ayam tu dia goreng dulu dan kemudian baru dia potong – potong. Pun sedap juga terutama kalau dah simpan sehari dalam peti sejuk.

Sebabnya kadang beli 2 bungkus tapi makan berdua sebungkus saja. Esoknya panaskan balik, rasa dia memang lagi sedap bila dah potong – potong tu. Tapi terpulang pada anda nak ikut cara mana.

Cara Penyediaan

  1. Bancuh tepung goreng ayam dengan sedikit air. Lepas tu celup ayam dengan salutan nipis. Maknanya bancuhan ni cair saja tak pekat.
  2. Kemudian goreng ayam sampai masak dengan api sederhana. Masak sampai garing ya dan ketepikan.
  3. Guna minyak goreng ayam tadi sekitar 2 senduk. Masakan ini banyak guna minyak.
  4. Tumis bawang besar hiris sampai naik bau.
  5. Kemudian masukkan bawang putih, halia, cili padi, cili merah. Tumis 1-2 minit.
  6. Kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram dan kiub pati ayam setengah. Masukkan juga black paper tumbuk kasar.
  7. Oleh kerana saya gunakan kicap pekat jenis pahit, saya masukkan serbuk perasa dan garam.
  8. Kemudian masukkan ayam dan bawang besar potong kiub. Masak 1-3 minit dan tutup api.

Masakan ayam kicap thai ini tiada air ya, jadi permukaan ayam yang bersalut tepung tu tidak akan kembang.

Sebaliknya rasa kicap dan bahan – bahan tersebut akan melekat pada permukaan ayam ini. Ini jika makan dengan nasi panas confirm menambah.

Sambil – sambil tu nak promo juga Chopper Hulmers dengan bekas kaca ni.

Dapatkan Dari Tiktok Shop

 

Sebelum undur diri, saya nak bantu anda yang selalu ada anak suka meragam. Selalunya anak yang bawah 2 tahun dan selalu menangis malam memang merungsingkan ibu bapa.

Anak Meragam? :  KLIK SINI UNTUK IKHTIAR
Baca Juga : Resepi Ibu Sambal

Resepi ibu sambal ni sesuai untuk anda yang nak buat stok sambal. Boleh guna untuk pelbagai resepi yang berasaskan sambal seperti sambal nasi lemak, sambal ayam, sambal udang, sambal petai dan sambal ikan.

Perkongsian resepi ayam masak kicap thai dah pun sampai keakhirnya. Kalau dah cuba resepi ni jangan lupa share tau.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top