Pernahkah anda dengar tentang IBU SAMBAL? Apa sebenarnya ibu sambal ni ya? Kalau ini kali pertama anda dengar ianya jom kami kongsikan kepada anda cara buat ibu sambal.
Resepi ibu sambal ni sesuai diguna oleh suri rumah dan golongan peniaga yang nak jimatkan masa. Dalam artikel ni juga saya akan ajarkan cara buat 2 resepi ibu sambal dari yang asas hingga yang dah siap guna.
Tapi sebelum bermula, ingin saya kongsikan serba sedikit tentang blog anak meragam ni, yang mana saya Azham adalah seorang perawat masalah anak menangis malam, anak tantrum dan anak terlebih manja.
Resepi Ibu Sambal – Rozek TV
Resepi ini saya ambil dari Youtube Rozek TV, supaya anda boleh belajar buat sendiri nanti. Selain tu saya juga akan sharekan resepi ibu sambal saya sendiri.
Yang saya punya ni saya guna semasa berniaga di Grabfood Homebased. Bagi kalangan ibu – ibu yang nak tambah pendapatan dengan berniaga, memang boleh guna kedua – dua resepi ini.
Bahan – Bahan Ibu Sambal
- Bawang besar 2 biji dihiris
- Daun pandan 1-2 helai di simpul
- Air asam jawa segenggam / boleh guna asam jawa extra dalam 1 sudu besar
- Gula melaka 1 biji
- Air, garam, perasa
- kiub pati ikan bilis 3 ketul
- Minyak 3 cawan
Bahan Kisar
- Bawang besar 8 biji
- Bawang putih 1 labu
- Halia 2 inci (5cm)
- Ikan bilis 100g kisar asing
- Cili kering 600g kisar asing
Cara Penyediaan
- Tumis bawang hiris dengan 2 helai daun pandan sampai bawang layu, tak perlu garing
- Masukkan bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan halia) masak hingga pecah minyak.
- Masak guna api besar, bila dah start pecah minyak api setengah sahaja
- Masukkan kisaran ikan bilis (kisar dengan air) sampai pecah minyak
- Masukkan cili kering kisar, sama juga api besar. Bila menggelegak guna api perlahan
- Tumis sampai pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa, garam, perasa, kiub pati bilis dan gula 4 sudu besar
- Tambah air 1 cawan supaya semua bahan bersatu rasanya. Masak api kecil sampai pecah minyak
Dalam resepi ni tempoh memasak oleh rozek tv sehingga 6 jam. Lebih lama di masak akan lebih tahan lama sambal ni.
Boleh simpan diluar sehingga 3-4 hari. Tapi pada saya lepas disejukkan boleh terus simpan dalam peti ais.
Cara saya mudah saja saya masukkan kedalam bekas berasingan ikut portion nak guna. Kalau tak banyak bekas, masuk plastik dan ikat dengan getah.
Kalau berniaga boleh bahagikan portion ikut jenis lauk seperti
- Sambal nasi lemak boleh terus guna
- Sambal udang dan petai
- Sambal sotong kering / kembang / basah
- Sambal ikan masin pari
- Sambal ayam
- Sambal ikan
Okey itu adalah cara rozek tv. Sekarang saya ajar cara saya buat ibu sambal yang boleh buat masak asam pedas dan masak lemak pula.
Bahan – Bahan Ibu Sambal Saya
- Bawang holland 3 biji besar di kisar
- Kunyit hidup 50g di kisar
- Halia 2 inci dikisar
- Bawang putih 1 labu dikisar
- Cili padi merah dan hijau masing – masing 30 biji dikisar
- Cili merah 10 biji di kisar
- Minyak 2 cawan
- Asam keping 2 keping
- Serai 2 batang
- Kiub pati ayam 3 biji
- Garam dan perasa
Cara Penyediaan
- Saya akan tumis dulu bawang besar sehingga garing
- Kemudian saya masukkan kunyit, halia, bawang putih kisar. Tumis hingga garing
- Kemudian barulah cili padi, cili merah kisar dan serai 2 batang diketuk.
- Asam keping, kiub pati ayam, garam perasa, tumis sampai cili garing
- Masak sehingga sejam dengan api kecil
Kalau cara saya jarang saya masukkan gula. Tengok jenis masakan. Kiranya pes ni boleh guna untuk masakan seperti:
- Sambal ayam, ikan, udang, sotong berlada
- Masak lemak cili padi
- Masak asam pedas, kena tambah cili kering dan bahan lain
- Sambal ayam, ikan guna cili kering gemuk yang tak pedas
- Masak kari kering / berkuah boleh terus tambah serbuk kari
- Masak rendang pun boleh
- Daging dendeng
- Masak kicap
Kaedah saya ni dia sebagai starter pes sahaja, so tak perlu setiap kali nak masak nak kena mula dari awal. Malah kalau malas nak masak guna sambal ni saja dan goreng telur mata dah siap untuk dinikmati.
Untuk kisar bahan boleh guna chopper dari hulmers ni, mudah dan cepat kerja. Boleh kisar kering atau basah seperti dalam video.
Dapatkan Chopper Dari Tiktok Shop
Baca Juga : Resepi Ayam Sos Tiram Ala Thai
Sekian dulu perkongsian ibu sambal dari saya, selamat mencuba.
